BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 6 Ogos 2009

LANGKAH PERTAMA..

Bismillahirahmanirahim..
Kami mulakan segala-galanya dengan nama-Mu, Ya Allah..Berkati langkah pertama kami ini.Moga ada rahmat dan hidayahMu dalam setiap perjalanan blog ini kelak dan dalam kehidupan kami jua hendaknya..


Ya Allah,
Restui perjalanan kami menuntut ilmu yang kami sedar ia hanya secebis daripada Mu..
Izinkan hambaMu ini mengcungkil ilmu-ilmuMu dari mualim dan murabbi kami..

Ya Allah,
Peliharalah guru-guru kami..
Moga mereka sentiasa dalam perlindunganMu..

Ya Allah,
Cekalkan hati kami menghadapi segala cubaan dan rintangan yang timbul..
Berikan kami kekuatan Nabi Muhammad saw ketika menentang musyrikin,
Kurniakan kami kecekalan Bilal bin Rabbah mempertahankan agamaMu,
Kuatkan semangat kami sebagaimana yang Kau kurniakan kepada sahabat-sahabat Baginda Rasullullah saw..

Terangkan hati kami,Ya Allah...
Permudahkan segala urusan kami...
Masukkanlah kami ke dalam golongan2 yang Kau redai...
Hanya padaMu kami berserah...
Makbulkanlah permintaan hambaMu ini..
Amin...Amin...Amin ya Rabbal Alamin..

0 ulasan: